25 September 2009

Selamat Hari Raya... Bila nak mula kayuh

Assalamualaikum dan selamat Hari Raya kepada semua Crossorts.... Hari ni dah masuk raya ke 6 .. mungkin ada yang puasa 6 minggu ni... elok la tu puasa 6 hari pahala sama macam sebulan beposa.. sapa tak nak... Mungkin next week boleh mula kayuh kot... Ada 3 jambori sepanjang bulan oktober ni rasanya.... Mod tak pasti ada tak antara kita yang masuk sebab mod tak uruskan apa-apapun.... Bagi mod rasa nak relax dulu sebab terlalu banyak jamboree rasanya kita masuk yang lepas... lagi pun budget dah "burst" lepas-lepas raya ni.... So mod ingat kita kayuh kot keliling Kepala Batas pun ok kot.... (Rider kampung la katakan.... he... he). Mod pagi kelmarin mula kayuh selepas hampir 2 bulan x kayuh ... dapat la 30km... penat tak tesangga....