
Salute dari abah(uncle Lan) ngan member crossort yg lain untuk Bhai... Berjaya habiskan semua checkpoint dalam masa luar dugaan. Baru darjah 4.. Ranking rasanya lingkungan 240 - 250.... Bapa dia pun jenuh mengambat. Dapat tangkap tepi highway.
Untuk member crossort lain yg habis ke x habis ke welldone... Yang penting "the spirit to participate not to win"... 19 Julai ni ada UUM punya Race.. 1 Ogos pulak Kayuhan yayasan Sultanah Bahiyah... Mod dah confuse mana nak pegi sebab tarikh tu dekat sangat
Cakap pasal trek NTMBA 09... trek dia rasanya x sesuai sangat untuk beginer.. Downhill macam duduk dalam mesin basuh separuh automatik.... gegar satu badan. Rasanya kalau compare ngan Jamboree Bukit Mertajam... kira-kira yang ni adik dia la... Ada kawan-kawan crem kaki.... ada yang nak crem tangan sebab gegaran terlalu kuat.... . Sepanjang kayuhan mod.... ramai yang mod jumpa krem.... terbalik dalam semak.. macam-macam lagi... Alhamdulillah semua anggota crossort selamat pergi dan selamat balik. Apa pun sekali lagi tahniah buat "Bhai" khususnya dari abah ngan pakcik-pakcik crossort