WAKTU SOLAT BAGI KAWASAN KEPALA BATAS

klik atas tajuk aktiviti yang berwarna biru dalam kalender untuk maklumat lebih terperinci(detail).

27 January 2010

Gamitan Jerai

Abg Nasiren dgn dia punya venzo


Crossort di hadapan muzium perhutanan

Peh... lega dah sampai kat muzium... tapi x abih lagi ragaih

Pic ni dah masa nak balik .... biasala... upload tak ikut turutan

Ni kat puncak... tapi bukan la kat menara ... untuk lesen penuh... Rafid, Hafiz sampai menara

Relax dulu.... ambik angin... sembang-sembang dgn MTB lain... basikal mengeratkan hubungan


Masa sampai di kaki Gunung Jerai jumpa ngan Rani... tapi dia tak kayuh hari ni

Gambar beramai-ramai ngan group lain ... dari Kedah rasanya


Ustaz Hafiz Jordan.. turun semula ke Muzium kemudian naik balik ke puncak dengan member lain..... Entah kederat apa yang ada kat ustaz ni tak tau la...


Antara rider baru dalam Crossort... tapi dah round satu Penang...

TQ Rafid... Terima kasih daun keladi... Mod tengok harga takut nak order. Tapi Rafid kata makan apa nak makan...." Jangankan telur 2 biji.. kepala gajah pun kalau engkau orang nak makan... makan la...Ini hari Rafid yang belanja"

Ustaz hafiz nyaris-nyaris nak makan tiub dalam rock.... masa nak naik... lapar tak makan pagi

Order jangan tak order .......

22 January 2010

Kayuhan Amal Untuk Pengurusan Orang Kurang Upaya


Satu lagi peluang baik untuk beramal melalui kayuhan... Anjuran Pusat Pemulihan Komuniti Dalam Masyarakat (Penaga) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara. Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 28 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 7.30 pg - 1.00 ptg.

Tempat : Kompleks sukan Bertam

Jarak Kayuhan : 80 km (Kompleks sukan Bertam ke Tanjung Dawai)

Yuran Penyertaan : RM 40.00

Maklumat lanjut sila hubungi :
Abdullah Yaacob : 016-4917453
Telmisani : 017-4347174 (sni2683@yahoo.com)
Megat : 0134331909 (megathalim@gmail.com)
Fax : 04-5741411)

Terbuka kepada semua kategori basikal ( Individu dan keluarga)

!!!!!! CABUTAN BERTUAH MENARIK ... ANTARANYA 2 TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK KE LANGKAWI, BARANGAN ELEKTRIK DAN HAMPER

Untuk download borang sila klik pautan ini...( Fail adalah dalam format .pdf)

Jika tiada Acrobat Reader untuk membaca fail dalam format .pdf sila klik di sini untuk download

10 January 2010

Easy Ride... 9 Januari 2010












Hari ni kayuhan bermula dengan 18 rider ... termasuk yg baru cuba berjinak dengan mountain bike... so kita punya route kali ni agak simple... x ada naik bukit... Overall lebih kurang dalam 32-34 km saja... dari One stop ke Pantai Kamloon dan patah balik ke Pinang tunggal dan kembali ke one stop atau terus balik bg yang tinggal di Bertam Putra atau Perdana

Klik di sini untuk koleksi penuh kayuhan

08 January 2010

Pesanan Dari PDRM

Kayuh-kayuh pun kena pikir gak keselamatan anak beranak kita kat rumah

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

05 January 2010

Lagi berita penganjur KAWAQ 09 cukup kurang ajar

Mulanya cadang dah nak tutup buku pasai KAWAQ 09 Taiping.... Tapi bila dengar cerita ni mod gagahkan diri untuk tulis cerita ni... bukan nak menghasut cuma nak bagi semua MTB yg singgah di blog ni tahu..... rasa tebakar sungguh dalam dada ni...

Malam ni(5/01/2010) jam 9.00 mlm. tadi mod singgah di One Stop jumpa kwn2 MTB. Seorang sahabat bagitau member kita dari Taman Bertam Indah , Kepala Batas( basikal Giant warna putih) nama x payah sebut la... call "Su" dari organizer KAWAQ09 selepas kayuhan. Bukannya apa dia nak tanya tentang jersey KAWAQ09 yg dia belum dapat... Tau apa yang dia dapat.... Dia kena perli dengan "SU" dengan sindiran "lain kali kalau basikal tak bagus dan tak kuat kayuh jangan datang ke Jambori Taiping"...

"SU'.... kalau lu baca blog ni lu pikir la sendiri dah berapa gunung yg lu panjat... dan berapa lurah yg lu dah turun .... atau pu lu langsung x tau apa dia erti mountain bike...John Tomac yang legenda punya mountainbikers tu akan kata organizer ni gila babi apa kalau dia mai.... babi pun x gila macam tu

Apa "comment" anda

Cadangan Membersihkan Trek Bukit Birut, Pinang Tunggal

Dok sembang-sembang dengan kengkawan dlm Crossort... Timbul satu cadangan utk membersihkan 2 laluan di Bukit Birut Pinang Tunggal yang digunakan masa SP Jamboree...la ni dah semak Taurus cadangkan kita buat hujung minggu ni (ahad 10/01/2010) ... Mungkin kita boleh minta saudara Yus One Stop untuk guna 4 wheel Drive dia untuk bawa peralatan... sementara yang lain kayuh ke sana.... Kita jemput semua mountainbikers yang ada di sekitar Kepala Batas untuk gotong royong... Yang lain kalau nak datang... No problem... dialu-alukan...

Cuma satu cadangan .... Mungkin boleh beri pendapat pada ruangan "comments" dibawah
Kalau program ni jadik moderator akan maklumkan semula selewatnya malam jumaat melalui blog crossort ni

01 January 2010

Koleksi gambar KAWAQ09 Taiping...........

Moderator ada ambik gambag masa kat KAWAQ09.... tapi tah.... rasa mcm x dak mood nak edit dan upload.... Kalau sapa nak tengok sila ke picture gallery Adihariman(Klik kat sini)... banyak gambag menarik (Maunya tak.............. guna DSLR bang....).... Terima kasih Adi

Tribute to Gary Moore

Loading...