WAKTU SOLAT BAGI KAWASAN KEPALA BATAS

klik atas tajuk aktiviti yang berwarna biru dalam kalender untuk maklumat lebih terperinci(detail).

22 March 2010

Pyan tak bawa kasut di RUN 10


Dalam kemeriahan 1400 orang kayuh di RUN 10 ... Ada la sorang kawan aku dari TSS ni.. Datang seawal 4.00 pagi dari Kepala Batas dengan semangat berkobar-kobar nak kayuh tapi lain pulak jadinya.... Lepas ride kul 11.45 pg mod tengah dok makan jumpa la Pyan... Segar bugar nampak... Mau tak segar dia kata.... Semua benda bawa nak kayuh... tapi kasut tak bawak.... melopong kat tapak permulaan sampai balik la .....

16 March 2010

Cermin Kereta Berderai balik dari RUN 10






Nak buat camana ... Abg Nasir punya cermin kereta civic berderai tiba-tiba masa balik... waktu tu ada kat changloon... Tak kena apa pun dia kata ...tiba-tiba retak seribu.. kesian kat bro kita ni mod ikut la pelan -pelan balik. Berenti rata bawah flyover... hujan. Dekat pukul 6.30 ptg baru sampai rumah

15 March 2010

CrossORT di RUN 10 Perlis







Trek 8500 milik crossort members

sampai beskal pun boleh mandi lepas kayuhan di hostel politeknik

Pasangan dari crossort( Mie dgnIja)

Jort, Neng, Rafid, Anuar

Rock dengan Jai... Sebelah Rock ialah Bard (member PKG dari Perak)

One Stop Cycle shop punya booth..

Panas sangat... x pakai sunglass silau mata

MTB (Mai Tolak Basikal).... Rider Perlis panggil "Bukit Air-Cond"... ????

No wonder.... Depa panggil Bukit Botak... Benda paling tinggi kat sini ialah rider ngan basikal

Ramai yang kejang otot kat sini... Tengah dok kayuh terus tumbang... + moderator

Sebelum flag off.... Senyum la lagi

Ustaz Hafiz ... tepaksa mengalah kali ni... 3 kali tiub pecah...

Sebahagian dari 1400 peserta semasa nak flag off..

Nasir Senior... Kat hostel (Cukup selesa)... Lepas ride siap pi tidog sampai puas baru balik



Gambar kayuhan x banyak sebab telampau seronok masa kayuh... view cantik.. Tarmac ada, kebun getah ada, bukit ada, flat ada... pendek kata semua OK pada pandangan moderator. Semua yang dijanjikan penganjur ditunaikan... two thumbs up... Yang paling menarik yg tak pernah disediakan sepanjang jambori lain ialah kerjasama dengan pihak UITM, Politeknik dan tentera rasanya. Sepanjang kayuhan dan persimpangan ada adik-adik manis dari UITM yg bagi semangat ... "Bang... kat depan ada air... Bang tak jauh dah bang... " setengah batu dah nampak depa dah angkat tangan dan jari tunjuk laluan... Yang nak cram pun cancel dulu .. dah jauh dari depa baru kelupog turun basikal

14 March 2010

Komen awal RUN 10

TWO THUMBS UP....Tahniah pada penganjur... mod rasa RUN 10 anatara jambori terbaik yang pernah crossort masuk. Seawal sampai di Politeknik semalam... Mod dengan kawan bermalam dengan kawan di asrama.. cukup-cukup selesa... Belum ada organiser yg bagi kemudahan beguni pada rider. Flag Off tepat pada jam 7.30 pg oleh Raja Muda Perlis... Kalau jemput YB banyak kerenah... Sampai saja Raja Muda terus Flag off. Sampai ada yang tak sempat... sebab kebiasaannya jarang berlaku flag off tepat pada masa.Water refill dan pisang (siap tolong bukak lagi oleh adik-adik dari UITM)betul sebagaimana dijanjikan pada tempatnya. Sepanjang trek laluan adik-adik manis dari UITM (Sains Sukan menunjukkan arah). Trek pula semua boleh kayuh... Baru betul trek MTB... Bukan mcm di Taiping.........Bukan setakat adik-adik dari UITM... Askar pun ada... Mod difahamkan askar telah berada dikawasan trek sejak semalam... Satu lagi tahniah pada kumpulan radio amatur... Mod difahamkan kerana hubungan radio yang baik... setiap peserta yang cedera dipastikan dikeluarkan dari kawasan trek dalam tempoh 8 minit. dan rekod untuk hari ini katanya dalam tempoh lima 5 minit rider cdera dibawa keluar.....

Koleksi gambar kayuhan.... minta maaf pasai dok kayuh sampai terlupa nak ambik gambag... ada tu ada tapi x banyak..

Terlupa pulak... Tahniah pada semua riders dari crossort yang ambik bahagan pada hari ini... Jort, Rafid, Neng, Abang Ad, Dahlan, Amran, Anuar, Rock, Hafiz, Shapawi, Jai, Mie ngan wife ... Sapa lagi aaa... Mod x ingat.........

01 March 2010

Kayuhan Ada Ummmphh..Off Road .. Betong - Thailand

Tarikh : 17 April 2010
Hari : Sabtu
Jarak : 35 - 45 km
Bayaran : RM 35.00 (Untuk penginapan dan logistik)
Tarikh tutup : 03 April 2010

Pendaftaran mesti disertakan bersama bayaran

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 013 - 4331909 (Megat)

Tribute to Gary Moore

Loading...