klik atas imej untuk besarkan gambar
DAH DAPAT DAH ..... Kelam kabut juga dibuatnya apabila pihak JPJ tahan seorang kawan MTB kita di Kedah kerana katanya salah membawa basikal di atas bumbung kereta. So Mod ambil keputusan untuk buat semakan dengan JPJ. Dengan bantuan kawan kita(Aziz) yang kerja di JPJ Seberang Jaya.... Fix satu hari buat appointment dengan jurutera JPJ .. bawalah basikal ke JPJ dengan kereta kancil mod... Ambil gambar sana sini depan belakang dengan dan tanpa basikal kat atas carrier di atas bumbung... Jurutera tu kata tunggu dalam 2 minggu ... dia akan submit benda tu ke Ibu Pejabat JPJ di Putera Jaya sebab sebelum ni x pernah orang minta permit........ Kata dia pemasangan rack x salah... yang salah dari segi keselamatan apabila diletak basikal kat atas bumbung.
Pendek cerita smalam(16/07/09) mod dapat berita gembira.... dibenarkan.... Boleh buat permit dengan cara bawa perkara berikut ke JPJ Seberang Jaya bahagian Kejuruteraan Automotif :
1) Salinan kad pengenalan
2) Salinan geran kereta
3) 4 keping gambar kereta dengan basikal di atas bumbung kereta dari posisi depan, belakang. kiri dan kanan kereta
.......... sampai di sana, isi borang ... serah borang.... dapat resit... dan tunggu permit... katanya dalam tempoh seminggu. Tiada bayaran dikenakan.
WAKTU SOLAT BAGI KAWASAN KEPALA BATAS
KOLEKSI UNTUK DOWNLOAD
klik atas tajuk aktiviti yang berwarna biru dalam kalender untuk maklumat lebih terperinci(detail).
26 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASM,
ReplyDeleteBoleh dapatkan satu salinan borang tersebut dan upload dalam format pdf tak? Takut JPJ kat sini lagi BLUR bila kita tanya pasal borang tu.
Azmi
t'kasih for the info. Selama ini, saya tak pernah ditahan.
ReplyDeletemacam mana nak rakyat amalkan kehidupan sihat kalau benda sukan pun nak berpermit.
kalau tanya saya, saya rasa pihak yang jual/pasang rack patut dapat kelulusan...contohnya, kalau rack thule, thule patut dapat permit untuk cover satu negara untuk segala rack yang dijual...
Ya itu tuan.. sekarang aaya tanya thule diaorang cakap grey area pulak.
DeleteBorang tu ada kat jpj... borang untuk pemasangan roof rack... Pasal"stupe" cakap tu memang betul... kita yang jadi mangsa,,, orang yang jual untung
ReplyDeletesalam, terimakasih atas info. Drp terpinga pinga bila kena tahan, la dah tau kat mana nak ambik permit
ReplyDeleteTQ for sharing
I'll take the chance. This is just another way for the govt. to make money. Never before have i heard that putting on a roof rack and carrying a bicycle/kayak or ANYTHING needs a permit. This country is so backwards.
ReplyDeleteYou can't even put on a tow here.
Salam... baru2 ni aku kena tahan kat kangar pasal bawak basikal kat belakang kereta... Mamat JPJ tu kata salah.. so bila aku tanya dia macam mana nak buat bagi tak salah n boleh ke kalau nak pasang rack atas bumbung? dengan selamba dia jawab kereta private tak boleh pasang rack atas bumbung.. kalau nak bawa basikal kena beli kereta jenis pickup tu pun kena ambil permit.. Pelik betul la.. Agaknya peraturan jalan raya ni tak seragam ke kat Malaysia ni? 1 lg mamat tu JPJ tu macam tak sekolah je cakap ngan orang.. Dia ingat jadi penguatkuasa JPJ jalan raya ni bapak dia punya kot? So, bila aku contact pejabat JPJ Kangar deorg jawab nanti dulu... nak buat confirmation ttg pemasangan rack atas bumbung.. Pelik2 la.. So sampai skg aku still confius... Yang mana satu betul pun taktau la..
ReplyDeleteatas tak bole.. belakang tak bole... malaysia kata BOLEH!
ReplyDeleteJPJ kan memandai2 sebab ketua dia selalu bagi jawapan menggong, baca isu basikal elektrik...jawapan pengarah dia baru2 nie mcm budak tak sekolah. engineer jpj konon nya lebih pandai dari engineer yang keluarkan rack tu...diaorang dah test dari segala segi...bukan mcm jpj...keputusan sesuka ati mak dier je
ReplyDeleteklau rear rack cmne plk bro..?kna permit jgk ke..?
ReplyDeletehari Isnin (23/Apr/2012) saya ke JPJ Seberang Jaya utk apply permit nak bawa tangga atas bumbung kereta dan saya dimaklumkan bahawa surat pekeliling telah dikeluarkan pada minggu lepas oleh ibu pejabat JPJ bagi membatalkan keperluan permit utk membawa barang2 atas bumbung kereta(basikal,boat,tangga,payung,tong dll)jika sekiranya ada pegawai JPJ yg nak saman semasa operasi,beliau diminta kontek JPJ bahagian kenderaan perdagangan utk pengesahan.
ReplyDeleteBelakang tak boleh lagi kot
Delete