WAKTU SOLAT BAGI KAWASAN KEPALA BATAS
KOLEKSI UNTUK DOWNLOAD
klik atas tajuk aktiviti yang berwarna biru dalam kalender untuk maklumat lebih terperinci(detail).
22 March 2010
Pyan tak bawa kasut di RUN 10
Dalam kemeriahan 1400 orang kayuh di RUN 10 ... Ada la sorang kawan aku dari TSS ni.. Datang seawal 4.00 pagi dari Kepala Batas dengan semangat berkobar-kobar nak kayuh tapi lain pulak jadinya.... Lepas ride kul 11.45 pg mod tengah dok makan jumpa la Pyan... Segar bugar nampak... Mau tak segar dia kata.... Semua benda bawa nak kayuh... tapi kasut tak bawak.... melopong kat tapak permulaan sampai balik la .....
16 March 2010
Cermin Kereta Berderai balik dari RUN 10
Nak buat camana ... Abg Nasir punya cermin kereta civic berderai tiba-tiba masa balik... waktu tu ada kat changloon... Tak kena apa pun dia kata ...tiba-tiba retak seribu.. kesian kat bro kita ni mod ikut la pelan -pelan balik. Berenti rata bawah flyover... hujan. Dekat pukul 6.30 ptg baru sampai rumah
15 March 2010
CrossORT di RUN 10 Perlis
Ramai yang kejang otot kat sini... Tengah dok kayuh terus tumbang... + moderator
Gambar kayuhan x banyak sebab telampau seronok masa kayuh... view cantik.. Tarmac ada, kebun getah ada, bukit ada, flat ada... pendek kata semua OK pada pandangan moderator. Semua yang dijanjikan penganjur ditunaikan... two thumbs up... Yang paling menarik yg tak pernah disediakan sepanjang jambori lain ialah kerjasama dengan pihak UITM, Politeknik dan tentera rasanya. Sepanjang kayuhan dan persimpangan ada adik-adik manis dari UITM yg bagi semangat ... "Bang... kat depan ada air... Bang tak jauh dah bang... " setengah batu dah nampak depa dah angkat tangan dan jari tunjuk laluan... Yang nak cram pun cancel dulu .. dah jauh dari depa baru kelupog turun basikal
14 March 2010
Komen awal RUN 10
TWO THUMBS UP....Tahniah pada penganjur... mod rasa RUN 10 anatara jambori terbaik yang pernah crossort masuk. Seawal sampai di Politeknik semalam... Mod dengan kawan bermalam dengan kawan di asrama.. cukup-cukup selesa... Belum ada organiser yg bagi kemudahan beguni pada rider. Flag Off tepat pada jam 7.30 pg oleh Raja Muda Perlis... Kalau jemput YB banyak kerenah... Sampai saja Raja Muda terus Flag off. Sampai ada yang tak sempat... sebab kebiasaannya jarang berlaku flag off tepat pada masa.Water refill dan pisang (siap tolong bukak lagi oleh adik-adik dari UITM)betul sebagaimana dijanjikan pada tempatnya. Sepanjang trek laluan adik-adik manis dari UITM (Sains Sukan menunjukkan arah). Trek pula semua boleh kayuh... Baru betul trek MTB... Bukan mcm di Taiping.........Bukan setakat adik-adik dari UITM... Askar pun ada... Mod difahamkan askar telah berada dikawasan trek sejak semalam... Satu lagi tahniah pada kumpulan radio amatur... Mod difahamkan kerana hubungan radio yang baik... setiap peserta yang cedera dipastikan dikeluarkan dari kawasan trek dalam tempoh 8 minit. dan rekod untuk hari ini katanya dalam tempoh lima 5 minit rider cdera dibawa keluar.....
Koleksi gambar kayuhan.... minta maaf pasai dok kayuh sampai terlupa nak ambik gambag... ada tu ada tapi x banyak..
Terlupa pulak... Tahniah pada semua riders dari crossort yang ambik bahagan pada hari ini... Jort, Rafid, Neng, Abang Ad, Dahlan, Amran, Anuar, Rock, Hafiz, Shapawi, Jai, Mie ngan wife ... Sapa lagi aaa... Mod x ingat.........
Koleksi gambar kayuhan.... minta maaf pasai dok kayuh sampai terlupa nak ambik gambag... ada tu ada tapi x banyak..
Terlupa pulak... Tahniah pada semua riders dari crossort yang ambik bahagan pada hari ini... Jort, Rafid, Neng, Abang Ad, Dahlan, Amran, Anuar, Rock, Hafiz, Shapawi, Jai, Mie ngan wife ... Sapa lagi aaa... Mod x ingat.........
01 March 2010
Kayuhan Ada Ummmphh..Off Road .. Betong - Thailand
Tarikh : 17 April 2010
Hari : Sabtu
Jarak : 35 - 45 km
Bayaran : RM 35.00 (Untuk penginapan dan logistik)
Tarikh tutup : 03 April 2010
Pendaftaran mesti disertakan bersama bayaran
Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 013 - 4331909 (Megat)
Hari : Sabtu
Jarak : 35 - 45 km
Bayaran : RM 35.00 (Untuk penginapan dan logistik)
Tarikh tutup : 03 April 2010
Pendaftaran mesti disertakan bersama bayaran
Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 013 - 4331909 (Megat)
Subscribe to:
Posts (Atom)