WAKTU SOLAT BAGI KAWASAN KEPALA BATAS

klik atas tajuk aktiviti yang berwarna biru dalam kalender untuk maklumat lebih terperinci(detail).

19 April 2010

Kayuhan Bendang (Set 2)

Jort .... Ranking 4.. lapar punya pasal boleh berenti pekena roti canai... nama pun "Funride"

Yus dgn member dari mana tah... depa tunggu bawah flyover kat Bumbong lima


Cawangan trafik menghantar 18 pegawai untuk memastikan kawalan lalulintas lancar... tima kasih cikgu


Antara peserta paling awai sampai

Top 6 kayuhan bendang

Bazli... Thumbs up


Baki imej kayuhan bendang 2... Untuk koleksi keseluruhan 41 imej sila klik link di bawah

http://picasaweb.google.com/crossortxc/KayuhanBendang2#

11 April 2010

Koleksi Kayuhan Bendang (SET 1)

Jai ngan member dari Penang

NI geng yang akan organize kayuhan Terang Malam.... 1 Mei nanti

Bang Din, Aziz JPJ ngan member MTB lain

Benda pertama yang diterjah selepas fishing line..... Minuman VICO

Rock ngan anak...

Abang Ad, Kak Bee ngan isteri Ekhsan

Sebahagian dari peserta

Lan ngan munir pun ada

Semua MTB kenal ngan pasangan ni...

Dah kuat la ni.... Izmi ngan some soul

First of all.... tahniah pada penganjur dan semua yang bekerja keras untuk menjayakan program ini.. Berjaya,,, walaupun dirancang dalam masa singkat.. rasanya dalam 2 bulan. Walaupun kayuhan hanya pada keadaan landai tapi tetap memenatkan. Dengan jarak 52 km disertai angin dan cuaca panas menyebabkan ianya tetap memberi cabaran... tapi mod rasa memenuhi objektif penganjur.... "FUN RIDE".

Pun begitu tetap ada kemalangan seperti terhumbang ke dalam bendang dan tergelincir. dan satu kes yang agak srius di atas jalanraya.

Untuk lihat 44 foto yang sempat mod rakam sila klik pautan ini

http://picasaweb.google.com/crossortxc/KayuhanBendang#

Untuk baki imej akan di upload kemudian

Kemalangan di Kayuhan Bendang...


Mi TSS

Walaupun meriah tapi kita tak boleh pastikan semuanya 100% perfect. Satu kemalangan berlaku di persimpangan Bertam Indah sebelum flyover ke KIOSK Bertam. Dan nak jadi cerita peristiwa ini disaksikan oleh salah seorang rider yang tak masuk kayuhan ni sebab sakit lutut.... Mi TSS. Dia yang bawa peserta ni ke hospital. Ceritanya.. Mi berhenti di lampu isyarat. Seorang rider dari pekan Kepala Batas menghala ke KIOSK. Marshall dah arahkan kereta berhenti... memang kereta tu berhenti. Tapi kereta di sebelah kiri terus memecut tanpa pedulikan marshall... apa lagi.. terus hentam rider tadi. Mi TSS kata depan mata dia ... dia nampak rider tu melambung... Dia terus call rock suruh maklumkan pada organizer. Yang celakanya.. pemandu haram jadah tu... terus belah... tapi dia tak nampak nombor plat dia jatuh.... kalau dia terus belah tanpa buat laporan polis memang sah celaka sungguh dia ni dan tunggu polis cari dia... Mi TSS pun bawa rider yang cedera ni ke hospital.... TQ Mi TSS.... sama-sama kita renungkan... dan mod rasa organiser akan buat apa yang sepatutnya dilakukan...

04 April 2010

Sedikit Info kayuhan bendang


Klik imej untuk paparan penuh
Rajah di atas adalah jalan ke KIOSK Bertam dari lebuhraya PLUS exit Bertam

Ni ada sedikit info dari Megat tentang kayuhan bendang

Tarikh: 11 April 2010
Flag off :7.30 pagi

Tempat : KIOSK Bertam, Kepala Batas


Jarak kayuhan : 51.65 km (80 % bendang/sawah padi).... Tak ada bukit
Feeding point : km 25 (pisang + air mineral)

Check point 1 : masa berlepas
Check point 2 : Feeding point
Check point 3 :Finishing line

Goodies collections : Hotel Sri Malaysia, K. Batas.... 10/04/2010 .... 3.00 - 6.00 ptg
(Ada yang bertanya sebab masa isi borang hari tu tak perasaan tentang hal ni dan ada pulak yang terlupa)

Ada lucky draw.... frame GIANT, GTS dan Helmet MTB.... serta hampers.... bukan pampers